Wednesday, 10 December 2014

Cover CD

Gambar dibawah merupakan cover cd yang akan digunakan.




Kulit buku
Berikut merupakan kulit buku yang ditugaskan untuk saya lakukan. Kulit buku yang saya pilih bertajuk FLEKSIBILITI : YOUR BODY YOUR OWN STYLE Reka bentuknya kulit buku tersebut adalah seperti berikut


Video Kumpulan




VIDEO KUMPULAN SUKRES STREETWORKOUT






Video ini merupakan video berkumpulan yang kumpulan saya dan saya sendiri buat. Video yang telah dimuat naik ini merupakan video yang memberikan info berkaitan dengan senaman asas untuk membina kekuatan tubuh, khusus untuk bahagian atas badan (Upper body). Dalam video ini juga kami sertakan alatan yang boleh digunakan sebagai alat sokongan ketika melakukan senaman.

PRESTASI AKADEMIK DALAM KALANGAN ATLET UKM

1.0                  PENGENALAN
Kumpulan kami telah diberi tajuk Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Atlet di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai fokus projek kajian kursus GGGE2153 iaitu Teknologi Pendidikan.
Mengikut Omardin Ashaari (1996) kecemerlangan akademik didefinisikan sebagai segala aktiviti yang dilakukan bagi menentukan kejayaan, langkahlangkah dan aktiviti yang diambil untuk membentuk, menyebar, menilai dan memperbaharui akademik supaya semua matlamat yang telah ditentukan itu akan tercapai pada maksimumnya. Sebenarnya kecemerlangan akademik meliputi pelbagai aspek seperti peruntukan kewangan, hala tuju program kecemerlangan sekolah, aktiviti perkembangan kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan pusat sumber, aktiviti perkembangan staf, penilaian, peperiksaan dan lain-lain aktiviti berkaitan. Dalam hal ini lazimnya pihak pengetua adalah bertanggungjawab memantau semua aktiviti berkaitan dengan pengajaran, pengurusan dalam bilik darjah, penggunaan buku rekod, peralatan dalam bilik komputer, kewangan dan pembelian barangan serta juga visi sekolah yang hendak dicapai.

2.0                  LATAR BELAKANG KAJIAN

Penglibatan mahasiswa dalam bidang sukan di universiti bukan lagi perkara asing. Mahasiswa yang berkecimpung dalam sukan atau lebih dikenali sebagai atlet ini biasanya diberi kelebihan untuk memasuki universiti. Bahkan, sesetengah kursus telah menetapkan  syarat agar pelajar yang diserap masuk mestilah aktif dalam sukan. Dalam kata lain, pelajar yang aktif bersukan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Malah ,ada yang lebih istimewa lagi atlet akan ditawarkan untuk meneruskan pelajaran oleh pihak universiti sendiri.
Maka satu kajian deskriptif dijalankan yang bertujuan untuk meninjau sejauh mana penglibatan pelajar dalam bidang sukan akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Kajian ini juga bertujuan memantau adakah pencapaian akademik dan sukan atlet tersebut seiring. Pada hari ini, kecemerlangan akademik menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang individu. Walaupun mahasiswa tersebut aktif dalam sukan, namun mereka juga harus mempunyai sijil kelayakan untuk membolehkan mereka menceburi bidang pekerjaan suatu hari nanti.
Pendidikan dari segi falsafah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.  Walaupun telah  terbukti nilai-nilai positif dalam kegiatan sukan dan rekreasi, namun kebimbangan terhadap gangguan prestasi akademik masih lagi tetap wujud (Kantha Kumar, 1985). Masyarakat masih lagi berpendapat penglibatan  secara aktif dalam sukan akan menyebabkan prestasi akademik merosot. Ada yang berpendapat bahawa mereka yang terlibat dengan aktiviti sukan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan seringkali tidak pandai membahagikan masa untuk belajar dan bersukan.
Prestasi akademik sering dikaitkan dengan sukan yang diceburi. Kegagalan dalam pelajaran selalunya dirujukkan kepada masa  yang banyak digunakan untuk bersukan dan aktiviti rekreasi.  Pandangan sebegini seringkali kedengaran walaupun telah banyak kajian dibuat bagi menyakal kenyataan ini (Webb H, 1996 ; Mohd Yunsuff, 1983 ; Mohd Razali 1983 ; Eleanor, 1984). Kajian Mohd Yusof (1983) misalnya mendapati bahawa penglibatan dalam sukan dan aktiviti kokurikulum yang lain tidak menjejaskan prestasi akademik asalkan mereka tahu mengagihkan masa untuk bersukan dan untuk akademik.
Coleman (1983) dalam kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi menghargai aktiviti ko-kurikulum lebih dari kerja akademik mereka. Beliau berkata fenomena ini boleh membawa hasil negatif kepada pencapaian akademik.

Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk memantau prestasi akademik dalam kalangan mahasiswa. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan pencapaian mahasiswa yang bergiat aktif dalam sukan.





3.0      PERNYATAAN MASALAH/PERSOALAN

Segelintir masyarakat, terutamanya masyarakat luar bandar masih lagi percaya bahawa penglibatan dalam bidang sukan akan menjejaskan prestasi akademik anak-anak mereka. Hal ini disebabkan masyarakat di Malaysia masih belum boleh menerima kenyataan meluas bahawa penglibatan dalam sukan bukan sahaja memberi kebaikan kepada anak-anak mereka dari segi kesihatan, tetapi juga boleh menjamin masa depan kerjaya anak-anak. Mereka tidak sedar bahwa sudah ramai atlet yang berjaya di luar sana disebabkan pencapaian yang amat cemerlang dalam sukan. Mereka berfikir hanya dengan belajar sahaja anak mereka akan berjaya.

Bagi sesetengah individu pula, mereka gusar akan kesuntukan masa untuk belajar apabila terlibat dengan sukan. Mereka menganggap sukan ini hanyalah mengganggu proses pembelajaran mereka dan hanyalah membazir masa. Mereka tidak sedar bahawa banyak manfaatnya dengan bersukan. Jadi bagi memastikan apakah benar bahawa tanggapan yang dibuat oleh mahasiswa, maka kami telah menyediakan borang  soal selidik bagi mengkaji permasalahan ini.

Berikut merupakan persoalan kajian :
3.1  Adakah prestasi akademik dan sukan setaraf dalam kalangan mahasiswa?
3.2  Adakah kegiatan sukan mempengaruhi keputusan peperiksaan mahasiswa?
3.3  Adakah mahasiswa membahagikan masa sama rata untuk belajar dan bersukan?





 4.0     OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk meninjau prestasi akademik dalam kalangan atlet. Berikut merupakan beberapa objektif kajian ini :
3.1 Mengenalpasti tahap pencapaian atlet dari segi akademik dan prestasi sukan.
3.2  Mengetahui sama ada kegiatan sukan mempengaruhi keputusan peperiksaan para mahasiswa.
3.3  Mengenalpasti adakah pelajar membahagikan masa dengan bijak untuk belajar dan juga bersukan.

5.0  METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian hasil daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada segelintir mahasiswa. Persampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan responden dari tempat yang dikaji. Ia merupakan kajian berdasarkan kepada sebuah institut pengajian tinggi iaitu tempat penyelidik belajar. Hal ini akan memudahkan penyelidik mendapatkan maklumat-maklumat daripada responden dan menjalankan kajian dengan lebih mudah dan tepat.

Satu set soalan soal selidik telah dibuat dan diedarkan untuk mengumpul data. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian sahaja dan menggunakan lima skala bagi mendapatkan jawapan daripada mahasiswa.

     Bahagian pertama merupakan bahagian biodata ataupun latar belakang responden, manakala bahagian kedua ialah penilaian berkaitan dengan prestasi atlet dalam bidang sukan, kebajikan atlet dan pembahagian masa para atlet.


6.0  KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini adalah untuk melihat tahap pencapaian pelajar sukan dalam bidang akademik dan sejauh mana pelajar sukan dapat mengimbangi dan membahagikan waktu bersukan dan belajar. Kami juga ingin melihat sama ada betulkah bahawa dengan bergiat aktif dalam sukan, prestasi akademik seseorang akan merosot.

Pengkaji berpendapat, kajian ini akan memberi satu gambaran mengenai apa yang sedang berlaku di universiti, khasnya bagi pelajar program sukan dan rekreasi dalam melaksanakan aktiviti akademik dan aktiviti sukan. Hal ini akan memberikan satu kaedah jalan penyelesaian sekiranya terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini. Maka kesedaran tentang sejauh manakah penglibatan pelajar sukan dan rekreasi dalam aktiviti akademik dan sukan dapat dilaksanakan dengan berkesan terutamanya dalam menyelaraskan waktu belajar dengan aktiviti bersukan.

Pelajar di Fakulti Pendidikan dalam program Sukan Dan Rekreasi dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini dapat menilai dan memberi pendapat mereka secara peribadi tentang aktiviti yang mereka jalankan bagi tujuan mengatur, melaksana atau mengelolakan aktiviti tersebut agar tidak mempengaruhi dan mengganggu masa belajar mereka.

Pentadbir universiti harus bijak dalam merancang, mengurus, mentadbir aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Pemahaman ibu-bapa pelajar terhadap pentingnya penglibatan anak-anak mereka dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dimana kebanyakannya ibubapa tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian/sawah yang masih memerlukan sokongan dan perhatian oleh pihak-pihak tertentu.

7.0 LOKASI/SKOP KAJIAN


Lokasi bagi kajian ini adalah di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu temppat belajar bagi penyelidik. Kami telah mengedarkan borang soal selidik ini kepada mahasiswa dan mahasiswi pelajar Fakulti Pendidikan bagi program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Sukan Dan Rekreasi. Bagi pemilihan sampel kajian pula, pengkaji akan menggunakan kaedah persampelan secara rawak bertujuan iaitu sampel yang digunakan ditetapkan mengikut ciri-ciri atau kriteria oleh pengkaji. Ia dipilih secara rawak di dalam kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Sebanyak 30 keping borang soal selidik yang ada akan diedarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM iaitu 20 orang lelaki dan 10 orang perempuan.

8.0 DAPATAN KAJIAN
Seramai  30 Responden dipilih iaitu 20 orang lelaki dan 10 orang perempuan. 30 responden tersebut merupakan atlet Universiti Kebangsaan Malaysia dlam kejohanan Masum baru-baru ini








9.0 PERBINCANGAN DAN SARANAN
Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa kesemua atlet mengatakan pencapaian sukan dan akademik perlu seiring. Hal ini menunjukkan bahawa semua atlet sedar akan tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa walaupun sibuk bermain sukan. Namun, ramai yang tidak setuju bahawa prestasi akademik mempengaruhi pencapaian sukan. Semua pencapaian tidak kira akademik mahupun sukan itu bergantung atas usaha gigih mereka dan komitmen mereka terhadap tugas tersebut.
Sebagai saranannya, pihak berwajib haruslah menjaga kebajikan atlet dengan menyediakan kelas imbuhan bagi mereka yang tidak dapat hadir ke kelas kerana mewakili universiti dalam sukan. Hal ini bagi memastikan para atlet tersebut tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Saranan kedua, pihak universiti perlulah memberi penghargaan kepada atlet yang telah mengharumkan nama UKM dan memberi anugerah kepada mereka yang cemerlang dalam akademik. Hal ini akan menimbulkan semangat dalam kalangan atlet tersebut untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.
Akhir sekali, atlet itu sendiri harus mempunyai motivasi yang tinggi. Mereka harus sedar bahawa akademik dan sukan mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, mereka haruslah bijak dalam membahagikan masa untuk belajar dan juga bersukan.

10.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, prestasi akademik mahupun prestasi sukan amatlah penting pada masa kini. Prestasi akademik dan sukan haruslah seiring. Pentingnya sukan maka penting jugalah akademik bagi seseorang atlet. Hal ini kerana semua majikan akan menelitit kedua-dua aspek untuk diambil bekerja. Oleh itu, para atlet haruslah berusaha sedaya upaya agar mampu mengimbangi kedua-dua aspek tersebut.


11.0 RUJUKAN
Juslimah Jani , 2006. Peranan Guru Dalam Memacukan Pembangunan sukan di Malaysia: Kertas kerja yang telah dibentangkan di Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga Mac, 2006 di Johor Bahru, Johor, Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Mohd. Izham Mohd. Hamzah, Sufean Hussin, 2009. Pengurusan perubahan terancang dalam pembestarian sekolah proses pelaksanaan polisi : Universiti Malaya.
Abdul Halim Bin Abdul Wahab. 2000. Amalan Pengurusan Sukan Dalam Meningkatkan Kecemerlangan, Pahang: Penerbit IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Abdul Rashid Mohamed & Mohamad Daud Hamzah. 2012. Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah, Wilayah Persekutuan Labuan: Labuan International Conference on Educational Research.
Ahmad Zabidi Abdul Razak. 2006. Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran, Selangor: Jurnal Pendidikan.
Azlina Bt. Mohd. Kosnin & Bilhorn B. Defrin. 2007. Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik, Johor: Penerbit UTM, Skudai, Johor.




Alat bantuan mengajar bukan elektronik  (exercise matress)




  • Alat yang digunakan untuk menghasilkan BBM


1.Jarum

2.Span

3.Kain depa

4.Benang





1.Pandangan hadapan 




2.Pandagan sudut berlainan



3.




4. Pandangan tepi







5. Pandangan atas






 6.




7.



8.





 9.




10.


Sunday, 30 November 2014

10 video alatan dalam sukan


1.Automatic tennis ball launcher in action







2.Hand made toss machine for tennis









3.RapidBallBoy - picks up 200 balls within 40 sec











4.Tennis Twist with Sports Split Step Modifications













5.Spinfire Pro 2 Tennis Ball Machine - On Court












6.Tennis ball machine DIY - part 1













7.Tennis ball machine DIY - part 2











8.Tennis fitness equipment












9.Tennis Toss Volley Stroke Ball Machine Utilizing Video Highlights










10.Tennis Training Machine





10 gambar inovasi





1.Alat membantu OKU bertapak di Kutub Selatan

Sampai ke Kutub Selatan adalah satu pencapaian yang besar di mana kebanyakan orang tidak berani menaruh harapan. Walau bagaimanapun, Geran Korgan, seorang  atlet yang berani dan kurang upaya yang hilang kawalan ke atas kakinya selepas kecederaan dramatik adalah satu langkah lebih dekat untuk mencapai matlamat beliau dengan dua konsep inovatif hijau. Yang pertama adalah sistem photovoltaic, Sherpa 120 Pengembaraan Kit, dibangunkan oleh Goal Zero, direka untuk menjana kuasa semua jenis alat, daripada telefon pintar dan komputer riba, GPS, lampu dan peranti USB. Kit datang dengan panel solar dan boleh cas semula peranti dalam cara yang mesra alam dalam sehingga 5 jam. Yang kedua adalah sepasang stoking dipanaskan berteknologi tinggi, yang dilancarkan di pasaran oleh satuan Therma-ic, yang dilengkapi dengan pek bateri PowerSock, mengekalkan kehangatan kaki Korgan dan membantu dia menyelesaikan misinya.




2.Badan Perisai Forcefield
Perisai bahagian atas badan ini adalah tegar untuk penunggang motosikal dan pemain ekstrem yang lain-lain yang berharap mendapat impact blow. Kebanyakan perisai keras direka khas untuk 1 impak sahaja. Keunikan produk ini adalah untuk menerima impak yang berkali ganda dan masih dapat memberikan perlindungan. Forcefield juga mempunyai lapisan pakaian yang dapat mengawal suhu apabila bertanding dalam keadaan cuaca yang berbeza. Ia dapat memberikan suhu yang sesuai di samping member perlindungan yang sempurna.

3. Produk perlindungan kecederaan 3d0 (Spyder Suit)




Semua pemain balet dan peluncur salji boleh mendapat manfaat daripada beberapa lapisan perlindungan badan yang canggih. Produk 3d0 adalah sangat nipis, lembut dan fleksible sehingga dapat memberi kesan menyebar dan meringankan tenaga kejutan yang akan mencederakan pengguna. Produk ini yang bernama the Armadilo hoodle, direka untuk pemain ski Olympic yang kelihatan hebat di samping member perlindungan yang sempurna.


4. Basikal inovatif yang fleksibel


Adakah anda suka senaman berteknologi tinggi dengan menggunakan peralatan yang berjenama? Ciclotte menawarkan basikal yang sempurna untuk sesi sukan yang ultima. Dicipta oleh pereka Milan, Luca Schiepati, basikal senaman ini dapat menggulingkan semua norma reka bentuk untuk peralatan sukan. Versi terbaru ini dibuat daripada besi, dan karbon juga disediakan sebagai alternative. Basikal ini ditambah dengan aksesori yang membolehkan penunggang menonton filem dengan tablet semasa sesi latihan.


5. Alat berteknologi tinggi bagi pemain dart



Play Darts! Merupakan apps permainan yang menggabungkan iPhones kepada TV pintar atau computer. Pemain akan “membaling” darts dengan menggunakan iPhone kepada sasaran yang ditayangkan di paparan TV sebagaimana melontar darts yang sebenar. Apps ini dapat mengelakkan kecederaan semasa bermain darts.




6. Pakaian aktiviti luaran yang tahan lasak







Pakaian ini telah menggunakan bahan yang kalis air, debu dan dapat member perlindungan kepada pengguna, terutamanya kepada pendaki gunung. Pakaian ini menyediakan kemudahan pengawalan suhu, di mana haba dapat disimpan dan dibebaskan ketika keadaan semakin dingin di puncak gunung. Di samping itu, pakaian ini juga dikatakan dapat melindungi pengguna daripada ancaman kuman kerana ia tidak memberi peluang kepada kuman untuk “hinggap” di permukaan.



7. Alatan berteknologi tinggi memantau dan mengesan dari segi pemakanan dan senaman




Jika anda merupakan seorang atlet yang berdaya tahan, anda pasti tahu tentang alat berteknologi tinggi yang dapat membantu anda dalam latihan harian anda.
Peralatan ini dipasang dengan pengesanan GPS menjadi tempat yang bersama-sama dengan meter kuasa berbasikal, dan sudah tentu semua jenis cara untuk mengesan dan merekodkan berenang, basikal dan segala aktiviti sukan.
Tetapi kini penyelidik memohon bahawa jenis yang sama teknologi untuk membantu orang gemuk hilang berat badan dengan mengesan input dan output kalori mereka. Alatan baru ini direka di makmal atau dicipta dengan bahagian off-the-rak. Beberapa instrumen yang serupa sudah di pasaran, termasuk model yang menjejaki kalori dibakar dengan mengukur gerakan, peluh dan haba dengan armbands. "




8. Micoach Speed Cell





Adidas hari ini mengumumkan SPEED_CELL miCoach, iaitu syarikat yang berpangkalan di Jerman sebagai inovasi terbaru dalam teknologi sukan digital. Syarikat itu memperkenalkan peranti pada acara pagi ini di New York. Teknologi untuk SPEED_CELL miCoach telah direka oleh Adidas Amerika, ibu pejabat syarikat di Amerika Utara di Utara Portland. Manakala versi terdahulu teknologi miCoach sendiri - dan bahawa pesaingnya seperti Nike dan Garmin - diukur hadapan-satunya gerakan, SPEED_CELL miCoach menangkap maklumat daripada gerakan di setiap arah semasa menjalankan latihan dan bertanding. Pada mulanya, produk akan ditawarkan untuk bola sepak sahaja. SPEED_CELL miCoach - iaitu kira-kira saiz thumb drive komputer kecil - telah direka untuk dimuatkan dalam rongga tunggal salah satu yang lebih dikenali kasut bola sepak Adidas ', F50 adizero. Peranti menjejaki kelajuan purata, kelajuan maksimum, bilangan sprint, jarak pada tahap intensiti tinggi, langkah-langkah dan langkah semasa bermain. Memori atas kapal kemudian menyimpan tujuh jam metrik seseorang atlet dan tanpa wayar menghantar data prestasi di bidang telefon pintar mereka, tablet, PC atau MAC.


9. Kasut Nike bergabung dengan iPod






Apple telah menamakan Nike + kit Sukan sebagai 'Gadget Minggu.' Memanggil ia 'paling elegan berteknologi tinggi pelarian. Ipod dapat ditambah ke kasut itu dan membolehkan atlet dapat mendengar muzik sambil menjalankan aktiviti sukan.





10. Permaidani yoga yang ajaib





Jika anda mahu mengambil yoga yang berteknologi tinggi, lebih baik anda akan dilengkapi dengan sesuatu yang sama berteknologi tinggi. Ia menggagumkan anda dengan fungsi seperti mp3, persidangan video dan menggunakan e-kertas. Ia adalah mesra alam, di samping dapat memaparkan setiap pergerakan yoga sebagai tutorial.