PRESTASI AKADEMIK DALAM KALANGAN ATLET UKM
1.0
PENGENALAN
Kumpulan
kami telah diberi tajuk Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Atlet di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai fokus projek kajian kursus GGGE2153 iaitu
Teknologi Pendidikan.
Mengikut
Omardin Ashaari (1996) kecemerlangan akademik didefinisikan sebagai segala
aktiviti yang dilakukan bagi menentukan kejayaan, langkahlangkah dan aktiviti
yang diambil untuk membentuk, menyebar, menilai dan memperbaharui akademik
supaya semua matlamat yang telah ditentukan itu akan tercapai pada maksimumnya.
Sebenarnya kecemerlangan akademik meliputi pelbagai aspek seperti peruntukan
kewangan, hala tuju program kecemerlangan sekolah, aktiviti perkembangan
kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan pusat sumber,
aktiviti perkembangan staf, penilaian, peperiksaan dan lain-lain aktiviti
berkaitan. Dalam hal ini lazimnya pihak pengetua adalah bertanggungjawab
memantau semua aktiviti berkaitan dengan pengajaran, pengurusan dalam bilik
darjah, penggunaan buku rekod, peralatan dalam bilik komputer, kewangan dan
pembelian barangan serta juga visi sekolah yang hendak dicapai.
2.0
LATAR
BELAKANG KAJIAN
Penglibatan
mahasiswa dalam bidang sukan di universiti bukan lagi perkara asing. Mahasiswa
yang berkecimpung dalam sukan atau lebih dikenali sebagai atlet ini biasanya
diberi kelebihan untuk memasuki universiti. Bahkan, sesetengah kursus telah
menetapkan syarat agar pelajar yang
diserap masuk mestilah aktif dalam sukan. Dalam kata lain, pelajar yang aktif
bersukan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk meneruskan pembelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Malah ,ada yang lebih istimewa lagi atlet akan
ditawarkan untuk meneruskan pelajaran oleh pihak universiti sendiri.
Maka
satu kajian deskriptif dijalankan yang bertujuan untuk meninjau sejauh mana
penglibatan pelajar dalam bidang sukan akan mempengaruhi pencapaian akademik
mereka. Kajian ini juga bertujuan memantau adakah pencapaian akademik dan sukan
atlet tersebut seiring. Pada hari ini, kecemerlangan akademik menjadi kayu
pengukur kejayaan seseorang individu. Walaupun mahasiswa tersebut aktif dalam
sukan, namun mereka juga harus mempunyai sijil kelayakan untuk membolehkan
mereka menceburi bidang pekerjaan suatu hari nanti.
Pendidikan
dari segi falsafah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu yang merangkumi
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Walaupun telah terbukti
nilai-nilai positif dalam kegiatan sukan dan rekreasi, namun kebimbangan
terhadap gangguan prestasi akademik masih lagi tetap wujud (Kantha Kumar,
1985). Masyarakat masih lagi berpendapat penglibatan secara aktif dalam sukan akan menyebabkan
prestasi akademik merosot. Ada yang berpendapat bahawa mereka yang terlibat
dengan aktiviti sukan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan
seringkali tidak pandai membahagikan masa untuk belajar dan bersukan.
Prestasi
akademik sering dikaitkan dengan sukan yang diceburi. Kegagalan dalam pelajaran
selalunya dirujukkan kepada masa yang
banyak digunakan untuk bersukan dan aktiviti rekreasi. Pandangan sebegini seringkali kedengaran walaupun
telah banyak kajian dibuat bagi menyakal kenyataan ini (Webb H, 1996 ; Mohd
Yunsuff, 1983 ; Mohd Razali 1983 ; Eleanor, 1984). Kajian Mohd Yusof (1983)
misalnya mendapati bahawa penglibatan dalam sukan dan aktiviti kokurikulum yang
lain tidak menjejaskan prestasi akademik asalkan mereka tahu mengagihkan masa
untuk bersukan dan untuk akademik.
Coleman
(1983) dalam kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi menghargai
aktiviti ko-kurikulum lebih dari kerja akademik mereka. Beliau berkata fenomena
ini boleh membawa hasil negatif kepada pencapaian akademik.
Oleh
itu, kajian ini telah dijalankan untuk memantau prestasi akademik dalam
kalangan mahasiswa. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan
pencapaian mahasiswa yang bergiat aktif dalam sukan.
3.0 PERNYATAAN MASALAH/PERSOALAN
Segelintir
masyarakat, terutamanya masyarakat luar bandar masih lagi percaya bahawa
penglibatan dalam bidang sukan akan menjejaskan prestasi akademik anak-anak
mereka. Hal ini disebabkan masyarakat di Malaysia masih belum boleh menerima
kenyataan meluas bahawa penglibatan dalam sukan bukan sahaja memberi kebaikan
kepada anak-anak mereka dari segi kesihatan, tetapi juga boleh menjamin masa
depan kerjaya anak-anak. Mereka tidak sedar bahwa sudah ramai atlet yang
berjaya di luar sana disebabkan pencapaian yang amat cemerlang dalam sukan.
Mereka berfikir hanya dengan belajar sahaja anak mereka akan berjaya.
Bagi
sesetengah individu pula, mereka gusar akan kesuntukan masa untuk belajar
apabila terlibat dengan sukan. Mereka menganggap sukan ini hanyalah mengganggu
proses pembelajaran mereka dan hanyalah membazir masa. Mereka tidak sedar
bahawa banyak manfaatnya dengan bersukan. Jadi bagi memastikan apakah benar
bahawa tanggapan yang dibuat oleh mahasiswa, maka kami telah menyediakan
borang soal selidik bagi mengkaji
permasalahan ini.
Berikut
merupakan persoalan kajian :
3.1 Adakah prestasi akademik dan sukan setaraf
dalam kalangan mahasiswa?
3.2 Adakah kegiatan sukan mempengaruhi keputusan
peperiksaan mahasiswa?
3.3 Adakah mahasiswa membahagikan masa sama rata
untuk belajar dan bersukan?
4.0
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian
ini dijalankan untuk meninjau prestasi akademik dalam kalangan atlet. Berikut
merupakan beberapa objektif kajian ini :
3.1
Mengenalpasti tahap pencapaian atlet dari segi akademik dan prestasi sukan.
3.2 Mengetahui sama ada kegiatan sukan
mempengaruhi keputusan peperiksaan para mahasiswa.
3.3 Mengenalpasti adakah pelajar membahagikan
masa dengan bijak untuk belajar dan juga bersukan.
5.0
METODOLOGI KAJIAN
Kajian
ini berbentuk kajian hasil daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada
segelintir mahasiswa. Persampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan
responden dari tempat yang dikaji. Ia merupakan kajian berdasarkan kepada
sebuah institut pengajian tinggi iaitu tempat penyelidik belajar. Hal ini akan
memudahkan penyelidik mendapatkan maklumat-maklumat daripada responden dan
menjalankan kajian dengan lebih mudah dan tepat.
Satu
set soalan soal selidik telah dibuat dan diedarkan untuk mengumpul data. Soal
selidik ini mengandungi 2 bahagian sahaja dan menggunakan lima skala bagi
mendapatkan jawapan daripada mahasiswa.
Bahagian pertama merupakan bahagian
biodata ataupun latar belakang responden, manakala bahagian kedua ialah
penilaian berkaitan dengan prestasi atlet dalam bidang sukan, kebajikan atlet
dan pembahagian masa para atlet.
6.0
KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan
kajian ini adalah untuk melihat tahap pencapaian pelajar sukan dalam bidang
akademik dan sejauh mana pelajar sukan dapat mengimbangi dan membahagikan waktu
bersukan dan belajar. Kami juga ingin melihat sama ada betulkah bahawa dengan
bergiat aktif dalam sukan, prestasi akademik seseorang akan merosot.
Pengkaji
berpendapat, kajian ini akan memberi satu gambaran mengenai apa yang sedang
berlaku di universiti, khasnya bagi pelajar program sukan dan rekreasi dalam
melaksanakan aktiviti akademik dan aktiviti sukan. Hal ini akan memberikan satu
kaedah jalan penyelesaian sekiranya terdapat sedikit kelemahan dalam kajian
ini. Maka kesedaran tentang sejauh manakah penglibatan pelajar sukan dan rekreasi
dalam aktiviti akademik dan sukan dapat dilaksanakan dengan berkesan
terutamanya dalam menyelaraskan waktu belajar dengan aktiviti bersukan.
Pelajar
di Fakulti Pendidikan dalam program Sukan Dan Rekreasi dipilih untuk menjadi
responden dalam kajian ini dapat menilai dan memberi pendapat mereka secara peribadi
tentang aktiviti yang mereka jalankan bagi tujuan mengatur, melaksana atau
mengelolakan aktiviti tersebut agar tidak mempengaruhi dan mengganggu masa
belajar mereka.
Pentadbir
universiti harus bijak dalam merancang, mengurus, mentadbir aktiviti kokurikulum
dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan ibubapa
berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Pemahaman
ibu-bapa pelajar terhadap pentingnya penglibatan anak-anak mereka dalam
aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dimana kebanyakannya ibubapa tinggal di
kawasan luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian/sawah yang masih
memerlukan sokongan dan perhatian oleh pihak-pihak tertentu.
7.0 LOKASI/SKOP KAJIAN
Lokasi
bagi kajian ini adalah di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu temppat belajar
bagi penyelidik. Kami telah mengedarkan borang soal selidik ini kepada
mahasiswa dan mahasiswi pelajar Fakulti Pendidikan bagi program Ijazah Sarjana
Muda Dengan Kepujian Sukan Dan Rekreasi. Bagi pemilihan sampel kajian pula,
pengkaji akan menggunakan kaedah persampelan secara rawak bertujuan iaitu
sampel yang digunakan ditetapkan mengikut ciri-ciri atau kriteria oleh
pengkaji. Ia dipilih secara rawak di dalam kumpulan sasaran yang telah
ditetapkan. Sebanyak 30 keping borang soal selidik yang ada akan diedarkan
kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM iaitu 20 orang lelaki dan 10 orang
perempuan.
8.0 DAPATAN KAJIAN

Seramai
30 Responden dipilih iaitu 20 orang lelaki dan 10 orang perempuan. 30
responden tersebut merupakan atlet Universiti Kebangsaan Malaysia dlam
kejohanan Masum baru-baru ini








9.0 PERBINCANGAN DAN SARANAN
Kajian
ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan
kajian mendapati bahawa kesemua atlet mengatakan pencapaian sukan dan akademik
perlu seiring. Hal ini menunjukkan bahawa semua atlet sedar akan tanggungjawab
mereka sebagai mahasiswa walaupun sibuk bermain sukan. Namun, ramai yang tidak
setuju bahawa prestasi akademik mempengaruhi pencapaian sukan. Semua pencapaian
tidak kira akademik mahupun sukan itu bergantung atas usaha gigih mereka dan
komitmen mereka terhadap tugas tersebut.
Sebagai
saranannya, pihak berwajib haruslah menjaga kebajikan atlet dengan menyediakan
kelas imbuhan bagi mereka yang tidak dapat hadir ke kelas kerana mewakili
universiti dalam sukan. Hal ini bagi memastikan para atlet tersebut tidak
ketinggalan dalam pelajaran.
Saranan
kedua, pihak universiti perlulah memberi penghargaan kepada atlet yang telah
mengharumkan nama UKM dan memberi anugerah kepada mereka yang cemerlang dalam
akademik. Hal ini akan menimbulkan semangat dalam kalangan atlet tersebut untuk
berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.
Akhir
sekali, atlet itu sendiri harus mempunyai motivasi yang tinggi. Mereka harus
sedar bahawa akademik dan sukan mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, mereka
haruslah bijak dalam membahagikan masa untuk belajar dan juga bersukan.
10.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya,
prestasi akademik mahupun prestasi sukan amatlah penting pada masa kini.
Prestasi akademik dan sukan haruslah seiring. Pentingnya sukan maka penting
jugalah akademik bagi seseorang atlet. Hal ini kerana semua majikan akan
menelitit kedua-dua aspek untuk diambil bekerja. Oleh itu, para atlet haruslah
berusaha sedaya upaya agar mampu mengimbangi kedua-dua aspek tersebut.
11.0 RUJUKAN
Juslimah
Jani , 2006. Peranan Guru Dalam Memacukan Pembangunan sukan di Malaysia: Kertas
kerja yang telah dibentangkan di Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga Mac,
2006 di Johor Bahru, Johor, Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Perak.
Mohd.
Izham Mohd. Hamzah, Sufean Hussin, 2009. Pengurusan perubahan terancang dalam
pembestarian sekolah proses pelaksanaan polisi : Universiti Malaya.
Abdul
Halim Bin Abdul Wahab. 2000. Amalan Pengurusan Sukan Dalam Meningkatkan
Kecemerlangan, Pahang: Penerbit IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Abdul
Rashid Mohamed & Mohamad Daud Hamzah. 2012. Faktor-Faktor Mempengaruhi
Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah, Wilayah Persekutuan Labuan:
Labuan International Conference on Educational Research.
Ahmad
Zabidi Abdul Razak. 2006. Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran, Selangor: Jurnal Pendidikan.
Azlina
Bt. Mohd. Kosnin & Bilhorn B. Defrin. 2007. Hubungan Gaya Pembelajaran
Dengan Pencapaian Akademik, Johor: Penerbit UTM, Skudai, Johor.
Boleh saya lihat borang soal selidik kajian ini?
ReplyDeletesaya juga ingin mendapatkan soal selidik kajian ini...boleh kah emailkan pada saya di nadirahtajudin@gmail.com?
ReplyDelete